KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS
Kemahiran memproses maklumat merupakan peringkat untuk menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi. Penguasaan terhadap aspek kemahiran memproses maklumat akan membolehkan seseorang pelajar itu mengenal pasti nilai maklumat serta menggunakannya untuk membuat sesuatu tugasan atau keputusan peribadi, profesional atau akademik. Seseorang pelajar yang menguasai kemahiran memproses maklumat berkebolehan untuk mencapai, menilai, menyusun, menyerap, dan menggunakan maklumat secara efektif dari pelbagai sumber serta format.
 |
Rajah 1.1: Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis |
1. MENGANALISIS MAKLUMAT YANG DIKUMPUL
- Analisis data merupakan satu proses menggunakan data bagi memberikan maklumat yang berguna untuk mncadangkan kesimpulan dan menyokong setiap keputusan yang bakal diambil.
- Dalam menganalisis data, pelajar perlu pastikan bahawa mereka mempunyai lebih daripada tiga data untuk dianalisis.
- Data kualitatif dan kuantitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu memudahkan proses analisis.
- Pelajar juga perlu mencari pola dan kategori, persamaan, menerangkan trend dan pertanyaan, katalogkan pemerhatian, bilang dan bandingkan serta membuat anggaran terhadap data yang analisis.
- Maklumat yang telah disusun atau diproses perlu dianalisis untuk membuat kesimpulan yang jelas dan tepat.
- Terdapat beberapa tujuan untuk menganalisis data, antaranya adalah seperi berikut :
- Menghubungkan kaitkan fakta
- Mensintesis data
- Membandingkan fakta
- Membaca yang tersirat
- Membuat kesimpulan
- Berikut adalah antara langkah menganalisis data untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dan ringkasan data analisis ketika menganalisis data yang telah dikumpulkan yang dapat dilakukan oleh pelajar.
(a) Langkah Analisis Data Kualitatif
(b) Proses Analisis Data
(c) Mentafsir dan Membuat Kesimpulan
 |
Rajah 1.2: Langkah Menganalisis Maklumat |
2. MENTAFSIR DAN MEMBUAT KESIMPULAN
- Mentafsir maklumat merupakan satu kebolehan untuk memberi penerangan rasional tentang objek, fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan,
- Pelajar juga dapat mentafsir maklumat berdasarkan pelbagai data yang telah dikumpulkan melalui pencarian maklumat sebelumnya.
- Terdapat pelbagai tujuan mentafsir maklumat, antaranya adalah seperti berikut :
- Mengesan pola atau corak berdasarkan maklumat yang diperoleh
- Menyatakan hubungan di antara maklumat
- Membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkan
- Pentafsiran juga boleh dilakukan secara individu dan menggunakan teknologi dalam operasinya.
- Melalui pentafsiran, pelajar akan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan berguna tentang prestasi pembelajaran, bahan atau isu yang dibincangkan serta berupaya memberikan maklumat yang enar kepada stakeholders yang lain.
- Prinsip asas dalam pentafsiran terhadap maklumat yang anda perolehi adalah seperti berikut :
i. Data yang holistik
ii. Memastikan keseimbangan dalam memberikan pendapat
iii. Pentaksiran yang tidak mengetepikan unsur humanistik
- Berikut ini pula adalah ciri-ciri pentafsiran yang boleh anda gunakan untuk membuat tafsiran terhadap maklumat yang anda perolehi, antaranya :
i. Bersifat holistik
ii. Berasaskan elemen
iii. Merujuk kriteria
iv. Panca instrumen
v. Berpusatkan bahan dan tugasan
vi. Pelbagai bentuk
vii. On-line
viii. Berterusan
- Mentafsir foto, gambar, grafik atau lakaran ialah mencatatkan ciri-ciri yang diperlukan menggunakan senarai semak yang disediakan.
 |
Rajah 1.3: Carta alir |
 |
Gambar 1.1 : Lakaran |
 |
Gambar 1.2: Foto |
 |
Rajah 1.4 : Gambar rajah |
3. MENILAI
- Jelas bahawa terdapat pelbagai jenis maklumat yang diperolehi dalam proses pembelajaran pelajar. Walau bagaimanapun, tidak semua boleh diguna pakai serta merta.
- Maklumat yang diperoleh perlu terlebih dahulu dinilai kesahihannya.
- Terdapat beberapa cara atau teknik untuk menilai maklumat, antaranya adalah seperti berikut :
(a) Perbandingan fakta dengan pendapat
(b) Tahun terbitan dan autoriti
(c) Kumpulan sasaran dan penerbit
(d) Bahan popular dan akademik
4. MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS
- Peringkat sintesis adalah peringkat untuk menjadikan data dalam bentuk baru dan bersepadu melalui kemahiran mengolah dan mencadangkan satu pembaharuan atau kefahaman baru.
- Perkataan yang biasa digunakan dalam peringkat sintesis ini ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.
- Sintesis yang dilakuakan akan memberikan gambaran menyeluruh tentang maklumat yang dapat diketahui.
- Pelajar perlu menyediakan data yang lebih sistematik supaya data dapat disintesis dengan lebih sempurna.
- Proses mensintesis aalah peringkat menggabungkan unsur yang berlainan untuk menghasilkan satu gambaran menyeluruh dengan cara :
i. Menggabungkan idea
ii. Menggubal semula
iii. Menyatukan idea-idea
- Proses sintesis yang dijalankan dengan baik dan sempurna menjadikan maklumat lebih bermakna.
- Maklumat yang disintesis dengan baik ini akan menjadikan sesuatu tugasan atau laporan yang dibentangkan lebih mudah difahami oleh pembaca.
- Laporan bertulis digunakan untuk melaporkan sesuatu hal atau peristiwa yang telah berlaku.
- Di peringkat pengajian tinggi, laporan bertulis digunakan untuk menyempurnakan sesuatu tugasan yang diberikan oleh para pensyarah.
- Menurut Nurai (1991:69), laporan juga dikategorikan berdasarkan tujuan penulisan yang dikenal pasti sebagai berikut :
i. Makluman
ii. Pemujukan
iii. Penerangan
iv. Sejarah
- Menulis laporan juga merupakan aktiviti menyatakan sesuatu maklumat secara logikal dan tersusun.
- Laporan juga dijadikan sebagai satu dokumen yang memberi maklumat, melaporkan penemuan, mengemukakan idea, dan kadangkala membuat cadangan atau syor mengenai sesuatu perkara untuk pembaca tertentu bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan lebih jelas.
- Di samping itu, pelapor juga perlu mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan dan membuat kesimpulan terhadap tajuk yang diketengahkan.
- Bagi mendapatkan laporan yang tepat, seseorang perlapor seharusnya :
i. Membuat sesuatu penyelidikan atau aktiviti
ii. Membuat rekod sesuatu peristiwa
iii. Menganalisis aktiviti
iv. Mensintesis sesuatu pelan tindakan
v. Menghuraikan sesuatu peristiwa, prosedur dan tindakan
- Setelah maklumat diperolehi dan diproses, kesimpulan tentang aspek yang penting hendaklah dibuat untuk memberi penekanan kepada dapatan penting, isu utama atau pandangan penulis tentang tajuk berkenaan.
- Laporan yang dihasilkan iharuslah difahami oleh kumpulan sasaran yang diperlukan.
- Oleh yang demikian, pelajar perlulah mengetahui beberapa perkara sebelum berjaya menghasilkan laporan yang baik dan memberikan kesan kepada penerima maklumat tersebut.
- Antara persediaan membuat laporan yang perlu diketahui ialah 5W+1S, iaitu yang memberikan makna seperti berikut :
i. Mengapa laporan ini perlu dibuat (Why?)
ii. Apa tujuan/objektif laporan (What?)
iii. Jangka masa (When?)
iv. Pihak yang meminta laporan dibuat (Who?)
v. Untuk siapa, siapa sasaran/pembacav(Whom?)
vi. Skop/lingkungan (Scope?)
- Sesuatu persembahan laporan dikatakan berkesan jika dilakukan dengan persediaan yang cukup, disampaikan dengan jelas, mencapai maklumat, dan menarik perhatian para hadirin dengan penggunaan alat bantuan visual seperti projektor, komputer, alat pandang-dengar yang berkesan.
- Laporan bertulis yang baik seharusnya memperincikan kandungan seperti berikut :
(a) Tujuan laporan
(b) Kualiti laporan
(c) Kategori laporan
4.1 PENYEDIAAN LAPORAN BERTULIS
Terdapat beberapa cara untuk menyediakan laporan bertulis dan cara berkenaan bergantung kepada tajuk yang dibincangkan dan kebolehan penulis untuk menyiapkan laporan berkenaan. Antara cara penyediaan laporan adalah seperi yang berikut :
- memilih topik sekiranya tidak diberikan
- mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
- meneliti dan memilih maklumat yang relevan dengan topik
- membuat nota
- menyediakan kerangka laporan
- menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber yang dipetik
- melengkapkan laporan dengan jadual, raf dan bahan grafik lain yang sesuai
- menyemak draf
- membuat pemurnian dan menulis draf kedua
- menerbitkan laporan
Terdapat juga penulis yang menggunakan langkah lain untuk menyiapkan laporan mereka. Antara cara lain adalah penulis membahagikan penulisan kepada beberapa peringkat. Peringkat tersebut adalah seperti berikut :
- menyusun maklumat
- prosedur membuat rangka
- memilih tajuk penulisan
- menulis mengikut format
- menulis pengenalan
- menulis isi
- menulis penutup
- menulis sumber rujukan
- periksa setiap bahagian
- semak ejaan dan bahasa
4.2 PANDUAN MENULIS LAPORAN
Langkah dalam proses kajian terakhir sebelum hasil kajian ditelitikan dan diterbitkan adalah penulisan peloporan. Melalui proses pelaporan, pelajar akan dapat memgemukakan pengetahuan yang diperoleh daripada kajian. Walaupun terdapat beberapa cara atau gaya penyampaian dan penulisan laporan, format penulisan pelaporan yang dicadangkan di sini adalah umum dan boleh digunakan sebagai rujukan. Sebagai pengkaji, pelajar juga digalakkan mengkaji cara dan gaya penulisan laporan kajian kes yang lain untuk memperdalami pengetahuan dan kemahiran menulis laporan penyelidikan. Berikut adalah panduan secara umum untuk penulisan laporan.
- tajuk kajian, nama penyelidik dan tarikh laporan diselesaikan
- penghargaan
- abstrak
- halaman kandungan
- latar belakang kajian
- pernyataan masalah/isu keprihatinan/fokus kajian
- objektif kajian/tujuan kajian
- metodologi kajian
- perancangan
- pelaksanaan perancangan
- dapatkan kajian
- refleksi
- kesimpulan dan cadangan
- rujukan
- lampiran