Saturday, September 29, 2018

PENYESUAIAN SOSIAL

PENYESUAIAN SOSIAL





9.1 KEMAHIRAN INTERPERSONAL 


Kemahiran interpersonal merujuk kepada algoritma mental dan berkomunikasi yang digunakan semasa komunikasi dan interaksi sosial untuk mencapai kesan atau keputusan tertentu. 

Konsep asas yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal seperti:
  • Konsep Kendiri
  • Sikap
  • Sahsiah
  • Nilai
  • Matlamat
Konsep ini dapat membantu mewujudkan seorang individu yang berkebolehan dan berkeyakinan semasa berinteraksi dengan persekitarannya.

Kemahiran interpersonal sangat diperlukan dalam usaha untuk membina hubungan berkesan antara guru dengan pelajar. Oleh itu, hubungan interpersonal sangat penting untuk dilaksanakan dengan penuh berkhidmat kerana kemahiran ini akan dapat: 



  • Membantu guru menggunakan pelbagai bentuk komunikasi yang sesuai.
  • Meningkatkan kebolehan guru membina suasana persekolahan yang lebih harmoni.
  • Membantu guru melengkapkan diri dengan teknik komunikasi yang berkesan.
  • Memudahkan guru  menyelesaikan aktiviti pembelajaran.
  • Meningkatkan kebolehan guru kepada konsep pemusatan pelajar.


Terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian untuk membolehkan kemahiran ini dapat dikuasai dengan baik:
  • Fizikal (contohnya: lokasi bilik, ruang komunikasi, posture, dan gesture)
  • Observatori atau melakukan pemerhatian pada perasaan, pemikiran dan tindakan serta mendengar dengan baik.
  • Memberi sepenuh tumpuan dan perhatian kepada orang yang dilayan. 
Komunikasi interpersonal ini berlaku apabila dua, tiga atau kumpulan kecil (4 hingga 8 orang) berbual untuk menyampaikan perasaan. Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran. Melalui interaksi, seseorang itu dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan individu lain.



Kemahiran ini juga melibatkan kemahiran menyampaikan idea secara lisan. Untuk itu, sebutan mesti jelas, lancar dan nada yang bersesuaian secara konsisten. 

Kadangkala, kemahiran ini juga dipanggil komunikasi muka ke muka atau komunikasi antara individu. Hal ini kerana apabila dua atau beberapa individu berkomunikasi muka ke muka tanpa mmenggunakan perantaraan saluran atau medium yang kompleks dan berorganisasi.




9.2 KEMAHIRAN INTRAPERSONAL

Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali diri sendiri. Kemahiran ini membolehkan seseorang itu mempelajari siapa dirinya, apakah perasaanya, apa yang ingin dilakukannya, apa yang perlu dielakkannya, dan mengapa dirinya begitu. Mereka sangat pasti tentang kehendak dan tahap keupayaan diri.

Individu yang mempunyai kemahiran ini:
  • Dapat mengenali diri sendiri secara mendalam.
  • Mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. 
  • Menjadikan mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. 
  • Menentukan hala tuju kehidupan.
  • Mempunyai prinsip serta azam yang kuat.
  • Boleh berdikari.
  • Kelihatan murung dan mengelamun. 
  • Sentiasa berwaspada. 
  • Mempunyai wawasan. 




Beberapa contoh aktiviti yang boleh dijalankan untuk pelajar-pelajar memperbaiki kemahiran ini ialah:
  1. Menyimpan jurnal atau diari.
  2. Menilai kerja sendiri.
  3. Menulis berkenaan sejarah keluarga sendiri.
  4. Menggunakan kemahiran memerhati dan memfokus.
  5. Menggunakan kemahiran menaakul.
  6. Menulis pengalaman manis atau pahit yang pernah dialami.

9.3 PELAJARAN SEBAGAI AHLI KOMUNITI PEMBELAJARAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, komuniti bermaksud kumpulan individu yang mempunyai sifat-sifat (kecenderungan, kepentingan) yang serupa Akademik dan para ilmuan.
  • Boleh diertikan sebagai kumpulan manusia yang saling berkongsi, bertindak secara koperatif, mempunyai matlamat yang dikongsi bersama serta membantu dalam proses pembelajaran.
  • Membina kesedaran bekerjasama, memudahkan proses mengingat dan memberikan rasa berjaya. 
  • Perlu bergerak bersama, membantu rakan dalam kumpulan dan memberi peluang kepada rakan lain untuk memberi pendapat.
  • Dapat saling meluahkan perasaan, pandangan, berkongsi idea, saling membantu dan mengajar antara satu sama lain.
Menurut McMillan dan Cavis (1986), komuniti pembelajaran mempunyai empat ciri berikut:
  1. Keahlian
  2. Pengaruh 
  3. Memenuhi keperluan individu 
  4. Berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan


  • Memupuk amalan bekerjasama, memudahkan proses mengingat serta menimbulkan rasa persaingan antara rakan yang lain.
  • Pengalaman belajar dalam bentuk komuniti merupakan satu pengalaman pembelajaran yang wajar dan semula jadi.
  • Dapat memupuk semangat kekitaan, saling menghormati, saling membantu serta menyokong sesama ahli kumpulan.
  • Sekumpulan manusia yang berkongsi nilai, kepercayaan dan belajar bersama-sama secara aktif serta saling bertukar-tukar fikiran dan ilmu daripada individu lain.









9.4 ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT

Melibatkan proses penemuan dan mendapatkan maklumat, penapisan dan penyusunan maklumat dan nilai yang terhasil daripada perkongsian dan penggunaan maklumat pengetahuan tersebut dalam sesebuah organisasi.

Menurut Ganesh (2011), kesemua fasa ini secara keseluruhan membenarkan sesebuah organisasi itu untuk belajar dan bertindak balas dalam usaha membina, mengekal dan menambahkan kelebihan persaingan.




Perkongsian maklumat melalui TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

  1. Penggunaan ICT dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) banyak dijalankan oleh guru-guru dalam semua mata pelajaran. 
  2. Banyak bahan P&P yang boleh diperoleh daripada Internet yang boleh diguna pakai dalam proses P&P dan rujukan bagi menambah maklumat.
  3. Individu boleh berkongsi pelbagai maklumat bersama pengguna Internet dengan memuat naik bahan-bahan rujukan ke laman sesawang.Sebagai contoh, blog, twitter, facebook, slideshare dan sebagainya.


Dengan ini, kerajaan Malaysia banyak menyediakan kemudahan di sekolah dan tempat-tempat pengajian di seluruh negara bagi memastikan setiap pelajar diberi pendedahan dalam bidang ICT. Bertujuan untuk
  • Memperluas kegiatan kurikulum berasakan ICT.
  • Meningkatkan sistem pentaksiran menggunakan ICT.
  • Meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan akademik.
Dalam usaha untuk mendapat dan menentukan kesahihan sesuatu maklumat yang diterima terdapat pelbagai isu yang perlu diteliti dan dikaji agar maklumat tersebut benar-benar memberi manfaat kepada kita seperti:
  • Kemudahan dan teknologi yang disediakan.
  • Peneguhan kerjaya.
  • Polisi organisasi.
  • Kesanggupan meluangkan masa untuk perkongsian maklumat.
  • Berkebolehan untuk mengukur kebenaran sesuatu maklumat.
  • Gaya dan corak kepemimpinan di dalam organisasi.



9.5 ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK  

KECEMERLANGAN AKADEMIK

  • Sistem pendidikan Malaysia yang lebih mengutamakan kecemerlangan akademik membawa kepada berlakunya ketidakseimbangan gender.  
  • Bilangan pelajar perempuan di institut pengajian lebih tinggi berbanding bilangan pelajar lelaki.
  • Ini adalah disebabkan perempuan mempunyai kebolehan semula jadi kerana menurut kajian kadar ingatan perempuan adalah lebih tinggi berbanding lelaki.
  • Ini menyebabkan sebilangan besar lelaki kurang berjaya dalam peperiksaan terutamanya yang melibatkan proses mengingat.



  1. Cara didikan guru yang lebih kepada pembelajaran secara formal juga menyebabkan perbezaan pencapaian pelajar.
  2. Pelajar lelaki lebih menggemari pembelajaran yang menggunakan visual seperti gambar, video dan sebagainya.
  3. Kajian menunjukkan bahawa pelajar lelaki lebih berminat kepada aspek teknikal dan kemahiran.
  4. Sebilangan besar pelajar lelaki sukar untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu dalam jangka masa yang lama berbanding pelajar perempuan.
Oleh itu, guru perlulah mempelbagaikan strategi mengajar supaya dapat disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar lelaki dan perempuan.





No comments:

Post a Comment