Friday, October 5, 2018


BAB 8 : SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
              (LEARNING MANAGEMENT SYSTEM)



APA ITU SISTEM PENGURSAN MAKLUMAT ?

Sistem pengurusan pembelajaran adalah atau lebih dikenali sebagai learning managment system(lms) merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran,dokumentasi dan laporan program latihan,kelas serta aktiviti dalam talian,e-learning program dan kadar latihan.lms merupakan satu projek yang dirintis berdasarkan kerjasama di antara kementerian pelajaran malaysia(kpm) dan mampu. Mampu telah merintis lms di bawah inisiatif open source software (oss). Lms boleh dibahagikan kepada dua kategori,iaitu proprietary dan open source. Contoh lms proprietary yang biasa digunakan adalah blackboard manakala contoh bagi lms open source pula ialah moodle yang popular dan digunakan secara meluas kerana ia adalah percuma dan boleh di ubah suai. Lms di spin misalnya,merupakan sistem pengurusan pegajaran dan pembelajaran interaktif yang dgunakan oleh pelajar dan pensyarah di ukm.

Ciri-ciri sistem pengurusan maklumat

Antara ciri uama LMS adalah pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Hal ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masa dengan lebih berkesan dan produktif.LMS melibatkan penggunaan kos secara efektif. Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web.selain itu,meletakkan bahan kursus di atas talian .hal ini demikian dapat mengesan kemajuan pelajar melalui ciri-ciri penilaian . kebanyakkan LMS menyediakan borang yang telah diprogramkan untuk sukatan atau kandungan kursus,jadual kursus dan bahan kursus yang dikaitkan dengan pelajaran yang khusus seperti Salinan bacaan dan “power point slides” daripada kuliah. Ciri yang seterusnya adalah papan diskusi. Tenaga pengajar dan belajar boleh bediskusi mengenai pembacaan dan menyambung diskusi di antara sesi kuliah yang formal.
Selain daripada itu, antara ciri-ciri lain LMS adalah seperti yang berikut.
Ø  Memusatkan strategi pengajaran dan pembelajaran.
Ø  Meggunakan perkhidmatan diri dan perkhidmatan kendiri berpandu
Ø  Memasang dan meyampaikan inti pembelajaran dengan cepat dan tepat
Ø  Menggabungkan kaedah latihan pada platform berasaskan web yang berskala
Ø  Mudah alih sokongan dan standard
Ø  Disesuaikan dengan kandungan dan membolehkan penggunaan semula pengetahuan.
Ø  Meningkatkan perjupaan kelas yang tidak berjadual.
Ø  Meningkatkan kelas pendidikan jarak jauh yang diajar melalui media lain dan menawarkan kelas hybrid
Ø  Menyelia kerja-kerja pelatih dan pelajar dalam bidang atau untuk memberi nasihat akademik



Kegunaan sistem penurusan maklumat (LMS)
  • Memudahkan e-pembelajaran dengan platform pembelajaran secara online
  • Menggabungkan kesemua maklumat latihan ke dalam satu sistem
  • Dapat mengurangkan kos latihan melalui pelbagai cara seperti membolehkan penjimatan kos-pembelajaran
  • dapat menyemak semula dan melaporkan tentang status progra-program latihan di dalam sesebua organisasi
  • meningkatkan pematuhan dengan keperuan kawal selia
  • membolehkan pelajar dan pensyarah berbincang dengan mudah untuk mengakses bahan pembelajaran


Kepentingan sistem pengurusan maklumat
  1.     Membenarkan pelajar untuk berkongsi makumat dengan pihak luar
  2.     Meningkatkan kecekapan dan kualiti kerja seorang pekerja
  3.     Dapat menjalankan tugas mereka dengan cekap
  4.     Dapat meningkatkan semangat mereka untuk bekerja dan belajar
  5.     Maklumat dapat disunting dan dikeluarkan dengan cara yang mudah
  6.     Boleh digunakan berkali-kali sepanjang masa
  7.     Meningkatkan kecekapan organisasi
  8.     Penyimpanan dadengan lebih selamat

No comments:

Post a Comment