Saturday, September 29, 2018


KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS

Kemahiran memproses maklumat merupakan peringkat untuk menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi. Penguasaan terhadap aspek kemahiran memproses maklumat akan membolehkan seseorang pelajar itu mengenal pasti nilai maklumat serta menggunakannya untuk membuat sesuatu tugasan atau keputusan peribadi, profesional atau akademik. Seseorang pelajar yang menguasai kemahiran memproses maklumat berkebolehan untuk mencapai, menilai, menyusun, menyerap, dan menggunakan maklumat secara efektif dari pelbagai sumber serta format.



Rajah 1.1: Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis



1. MENGANALISIS MAKLUMAT YANG DIKUMPUL


  • Analisis data merupakan satu proses menggunakan data bagi memberikan maklumat yang berguna untuk mncadangkan kesimpulan dan menyokong setiap keputusan yang bakal diambil. 
  • Dalam menganalisis data, pelajar perlu pastikan bahawa mereka mempunyai lebih daripada tiga data untuk dianalisis.
  • Data kualitatif dan kuantitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu memudahkan proses analisis.
  • Pelajar juga perlu mencari pola dan kategori, persamaan, menerangkan trend dan pertanyaan, katalogkan pemerhatian, bilang dan bandingkan serta membuat anggaran terhadap data yang analisis.
  • Maklumat yang telah disusun atau diproses perlu dianalisis untuk membuat kesimpulan yang jelas dan tepat.
  • Terdapat beberapa tujuan untuk menganalisis data, antaranya adalah seperi berikut :

          - Menghubungkan kaitkan fakta
          - Mensintesis data
          - Membandingkan fakta
          - Membaca yang tersirat
          - Membuat kesimpulan 

  • Berikut adalah antara langkah menganalisis data untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dan ringkasan data analisis ketika menganalisis data yang telah dikumpulkan yang dapat dilakukan oleh pelajar.
          (a) Langkah Analisis Data Kualitatif
          (b) Proses Analisis Data
          (c) Mentafsir dan Membuat Kesimpulan

Rajah 1.2: Langkah Menganalisis Maklumat



2. MENTAFSIR DAN MEMBUAT KESIMPULAN


  • Mentafsir maklumat merupakan satu kebolehan untuk memberi penerangan rasional tentang objek, fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan,
  • Pelajar juga dapat mentafsir maklumat berdasarkan pelbagai data yang telah dikumpulkan melalui pencarian maklumat sebelumnya.
  • Terdapat pelbagai tujuan mentafsir maklumat, antaranya adalah seperti berikut :
          - Mengesan pola atau corak berdasarkan maklumat yang diperoleh
          - Menyatakan hubungan di antara maklumat
          - Membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkan
  • Pentafsiran juga boleh dilakukan secara individu dan menggunakan teknologi dalam operasinya.
  • Melalui pentafsiran, pelajar akan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan berguna tentang prestasi pembelajaran, bahan atau isu yang dibincangkan serta berupaya memberikan maklumat yang enar kepada stakeholders yang lain.
  • Prinsip asas dalam pentafsiran terhadap maklumat yang anda perolehi adalah seperti berikut :
          i.   Data yang holistik
          ii.  Memastikan keseimbangan dalam memberikan pendapat
          iii. Pentaksiran yang tidak mengetepikan unsur humanistik
  • Berikut ini pula adalah ciri-ciri pentafsiran yang boleh anda gunakan untuk membuat tafsiran terhadap maklumat yang anda perolehi, antaranya :
          i.    Bersifat holistik
          ii.   Berasaskan elemen
          iii.  Merujuk kriteria
          iv.   Panca instrumen
          v.    Berpusatkan bahan dan tugasan
          vi.   Pelbagai bentuk
          vii.  On-line
          viii. Berterusan
  • Mentafsir foto, gambar, grafik atau lakaran ialah mencatatkan ciri-ciri yang diperlukan menggunakan senarai semak yang disediakan.
Rajah 1.3: Carta alir

Gambar 1.1 : Lakaran

Gambar 1.2: Foto

Rajah 1.4 : Gambar rajah





3. MENILAI


  • Jelas bahawa terdapat pelbagai jenis maklumat yang diperolehi dalam proses pembelajaran pelajar. Walau bagaimanapun, tidak semua boleh diguna pakai serta merta.
  • Maklumat yang diperoleh perlu terlebih dahulu dinilai kesahihannya.
  • Terdapat beberapa cara atau teknik untuk menilai maklumat, antaranya adalah seperti berikut :
         (a) Perbandingan fakta dengan pendapat
         (b) Tahun terbitan dan autoriti
         (c) Kumpulan sasaran dan penerbit
         (d) Bahan popular dan akademik



4. MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS


  • Peringkat sintesis adalah peringkat untuk menjadikan data dalam bentuk baru dan bersepadu melalui kemahiran mengolah dan mencadangkan satu pembaharuan atau kefahaman baru.
  • Perkataan yang biasa digunakan dalam peringkat sintesis ini ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.
  • Sintesis yang dilakuakan akan memberikan gambaran menyeluruh tentang maklumat yang dapat diketahui.
  • Pelajar perlu menyediakan data yang lebih sistematik supaya data dapat disintesis dengan lebih sempurna. 
  • Proses mensintesis aalah peringkat menggabungkan unsur yang berlainan untuk menghasilkan satu gambaran menyeluruh dengan cara :

          i.   Menggabungkan idea
          ii.  Menggubal semula
          iii. Menyatukan idea-idea

  • Proses sintesis yang dijalankan dengan baik dan sempurna menjadikan maklumat lebih bermakna.
  • Maklumat yang disintesis dengan baik ini akan menjadikan sesuatu tugasan atau laporan yang dibentangkan lebih mudah difahami oleh pembaca.
  • Laporan bertulis digunakan untuk melaporkan sesuatu hal atau peristiwa yang telah berlaku.
  • Di peringkat pengajian tinggi, laporan bertulis digunakan untuk menyempurnakan sesuatu tugasan yang diberikan oleh para pensyarah.
  • Menurut Nurai (1991:69), laporan juga dikategorikan berdasarkan tujuan penulisan yang dikenal pasti sebagai berikut :

          i.   Makluman
          ii.  Pemujukan
          iii. Penerangan
          iv. Sejarah

  • Menulis laporan juga merupakan aktiviti menyatakan sesuatu maklumat secara logikal dan tersusun.
  • Laporan juga dijadikan sebagai satu dokumen yang memberi maklumat, melaporkan penemuan, mengemukakan idea, dan kadangkala membuat cadangan atau syor mengenai sesuatu perkara untuk pembaca tertentu bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan lebih jelas.
  • Di samping itu, pelapor juga perlu mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan dan membuat kesimpulan terhadap tajuk yang diketengahkan.
  • Bagi mendapatkan laporan yang tepat, seseorang perlapor seharusnya :

          i.   Membuat sesuatu penyelidikan atau aktiviti
          ii.  Membuat rekod sesuatu peristiwa
          iii. Menganalisis aktiviti
          iv. Mensintesis sesuatu pelan tindakan
          v.  Menghuraikan sesuatu peristiwa, prosedur dan tindakan 

  • Setelah maklumat diperolehi dan diproses, kesimpulan tentang aspek yang penting hendaklah dibuat untuk memberi penekanan kepada dapatan penting, isu utama atau pandangan penulis tentang tajuk berkenaan.
  • Laporan yang dihasilkan iharuslah difahami oleh kumpulan sasaran yang diperlukan.
  • Oleh yang demikian, pelajar perlulah mengetahui beberapa perkara sebelum berjaya menghasilkan laporan yang baik dan memberikan kesan kepada penerima maklumat tersebut.
  • Antara persediaan membuat laporan yang perlu diketahui ialah 5W+1S, iaitu yang memberikan makna seperti berikut :

          i.   Mengapa laporan ini perlu dibuat (Why?)
          ii.  Apa tujuan/objektif laporan (What?)
          iii. Jangka masa (When?)
          iv. Pihak yang meminta laporan dibuat (Who?)
          v.  Untuk siapa, siapa sasaran/pembacav(Whom?)
          vi. Skop/lingkungan (Scope?)

  • Sesuatu persembahan laporan dikatakan berkesan jika dilakukan dengan persediaan yang cukup, disampaikan dengan jelas, mencapai maklumat, dan menarik perhatian para hadirin dengan penggunaan alat bantuan visual seperti projektor, komputer, alat pandang-dengar yang berkesan.
  • Laporan bertulis yang baik seharusnya memperincikan kandungan seperti berikut :
         (a) Tujuan laporan
         (b) Kualiti laporan
         (c) Kategori laporan

4.1 PENYEDIAAN LAPORAN BERTULIS

         Terdapat beberapa cara untuk menyediakan laporan bertulis dan cara berkenaan bergantung kepada tajuk yang dibincangkan dan kebolehan penulis untuk menyiapkan laporan berkenaan. Antara cara penyediaan laporan adalah seperi yang berikut :
  • memilih topik sekiranya tidak diberikan
  • mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
  • meneliti dan memilih maklumat yang relevan dengan topik
  • membuat nota
  • menyediakan kerangka laporan
  • menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber yang dipetik
  • melengkapkan laporan dengan jadual, raf dan bahan grafik lain yang sesuai
  • menyemak draf
  • membuat pemurnian dan menulis draf kedua
  • menerbitkan laporan
        Terdapat juga penulis yang menggunakan langkah lain untuk menyiapkan laporan mereka. Antara cara lain adalah penulis membahagikan penulisan kepada beberapa peringkat. Peringkat tersebut adalah seperti berikut :
  • menyusun maklumat
  • prosedur membuat rangka
  • memilih tajuk penulisan
  • menulis mengikut format
  • menulis pengenalan
  • menulis isi
  • menulis penutup
  • menulis sumber rujukan
  • periksa setiap bahagian
  • semak ejaan dan bahasa

4.2 PANDUAN MENULIS LAPORAN


        Langkah dalam proses kajian terakhir sebelum hasil kajian ditelitikan dan diterbitkan adalah penulisan peloporan. Melalui proses pelaporan, pelajar akan dapat memgemukakan pengetahuan yang diperoleh daripada kajian. Walaupun terdapat beberapa cara atau gaya penyampaian dan penulisan laporan, format penulisan pelaporan yang dicadangkan di sini adalah umum dan boleh digunakan sebagai rujukan. Sebagai pengkaji, pelajar juga digalakkan mengkaji cara dan gaya penulisan laporan kajian kes yang lain untuk memperdalami pengetahuan dan kemahiran  menulis laporan penyelidikan. Berikut adalah panduan secara umum untuk penulisan laporan.
  • tajuk kajian, nama penyelidik dan tarikh laporan diselesaikan
  • penghargaan
  • abstrak
  • halaman kandungan
  • latar belakang kajian
  • pernyataan masalah/isu keprihatinan/fokus kajian
  • objektif kajian/tujuan kajian
  • metodologi kajian
  • perancangan
  • pelaksanaan perancangan
  • dapatkan kajian
  • refleksi
  • kesimpulan dan cadangan
  • rujukan 
  • lampiran




PENYESUAIAN SOSIAL

PENYESUAIAN SOSIAL





9.1 KEMAHIRAN INTERPERSONAL 


Kemahiran interpersonal merujuk kepada algoritma mental dan berkomunikasi yang digunakan semasa komunikasi dan interaksi sosial untuk mencapai kesan atau keputusan tertentu. 

Konsep asas yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal seperti:
  • Konsep Kendiri
  • Sikap
  • Sahsiah
  • Nilai
  • Matlamat
Konsep ini dapat membantu mewujudkan seorang individu yang berkebolehan dan berkeyakinan semasa berinteraksi dengan persekitarannya.

Kemahiran interpersonal sangat diperlukan dalam usaha untuk membina hubungan berkesan antara guru dengan pelajar. Oleh itu, hubungan interpersonal sangat penting untuk dilaksanakan dengan penuh berkhidmat kerana kemahiran ini akan dapat: 



  • Membantu guru menggunakan pelbagai bentuk komunikasi yang sesuai.
  • Meningkatkan kebolehan guru membina suasana persekolahan yang lebih harmoni.
  • Membantu guru melengkapkan diri dengan teknik komunikasi yang berkesan.
  • Memudahkan guru  menyelesaikan aktiviti pembelajaran.
  • Meningkatkan kebolehan guru kepada konsep pemusatan pelajar.


Terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian untuk membolehkan kemahiran ini dapat dikuasai dengan baik:
  • Fizikal (contohnya: lokasi bilik, ruang komunikasi, posture, dan gesture)
  • Observatori atau melakukan pemerhatian pada perasaan, pemikiran dan tindakan serta mendengar dengan baik.
  • Memberi sepenuh tumpuan dan perhatian kepada orang yang dilayan. 
Komunikasi interpersonal ini berlaku apabila dua, tiga atau kumpulan kecil (4 hingga 8 orang) berbual untuk menyampaikan perasaan. Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran. Melalui interaksi, seseorang itu dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan individu lain.



Kemahiran ini juga melibatkan kemahiran menyampaikan idea secara lisan. Untuk itu, sebutan mesti jelas, lancar dan nada yang bersesuaian secara konsisten. 

Kadangkala, kemahiran ini juga dipanggil komunikasi muka ke muka atau komunikasi antara individu. Hal ini kerana apabila dua atau beberapa individu berkomunikasi muka ke muka tanpa mmenggunakan perantaraan saluran atau medium yang kompleks dan berorganisasi.




9.2 KEMAHIRAN INTRAPERSONAL

Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali diri sendiri. Kemahiran ini membolehkan seseorang itu mempelajari siapa dirinya, apakah perasaanya, apa yang ingin dilakukannya, apa yang perlu dielakkannya, dan mengapa dirinya begitu. Mereka sangat pasti tentang kehendak dan tahap keupayaan diri.

Individu yang mempunyai kemahiran ini:
  • Dapat mengenali diri sendiri secara mendalam.
  • Mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. 
  • Menjadikan mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. 
  • Menentukan hala tuju kehidupan.
  • Mempunyai prinsip serta azam yang kuat.
  • Boleh berdikari.
  • Kelihatan murung dan mengelamun. 
  • Sentiasa berwaspada. 
  • Mempunyai wawasan. 




Beberapa contoh aktiviti yang boleh dijalankan untuk pelajar-pelajar memperbaiki kemahiran ini ialah:
  1. Menyimpan jurnal atau diari.
  2. Menilai kerja sendiri.
  3. Menulis berkenaan sejarah keluarga sendiri.
  4. Menggunakan kemahiran memerhati dan memfokus.
  5. Menggunakan kemahiran menaakul.
  6. Menulis pengalaman manis atau pahit yang pernah dialami.

9.3 PELAJARAN SEBAGAI AHLI KOMUNITI PEMBELAJARAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, komuniti bermaksud kumpulan individu yang mempunyai sifat-sifat (kecenderungan, kepentingan) yang serupa Akademik dan para ilmuan.
  • Boleh diertikan sebagai kumpulan manusia yang saling berkongsi, bertindak secara koperatif, mempunyai matlamat yang dikongsi bersama serta membantu dalam proses pembelajaran.
  • Membina kesedaran bekerjasama, memudahkan proses mengingat dan memberikan rasa berjaya. 
  • Perlu bergerak bersama, membantu rakan dalam kumpulan dan memberi peluang kepada rakan lain untuk memberi pendapat.
  • Dapat saling meluahkan perasaan, pandangan, berkongsi idea, saling membantu dan mengajar antara satu sama lain.
Menurut McMillan dan Cavis (1986), komuniti pembelajaran mempunyai empat ciri berikut:
  1. Keahlian
  2. Pengaruh 
  3. Memenuhi keperluan individu 
  4. Berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan


  • Memupuk amalan bekerjasama, memudahkan proses mengingat serta menimbulkan rasa persaingan antara rakan yang lain.
  • Pengalaman belajar dalam bentuk komuniti merupakan satu pengalaman pembelajaran yang wajar dan semula jadi.
  • Dapat memupuk semangat kekitaan, saling menghormati, saling membantu serta menyokong sesama ahli kumpulan.
  • Sekumpulan manusia yang berkongsi nilai, kepercayaan dan belajar bersama-sama secara aktif serta saling bertukar-tukar fikiran dan ilmu daripada individu lain.









9.4 ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT

Melibatkan proses penemuan dan mendapatkan maklumat, penapisan dan penyusunan maklumat dan nilai yang terhasil daripada perkongsian dan penggunaan maklumat pengetahuan tersebut dalam sesebuah organisasi.

Menurut Ganesh (2011), kesemua fasa ini secara keseluruhan membenarkan sesebuah organisasi itu untuk belajar dan bertindak balas dalam usaha membina, mengekal dan menambahkan kelebihan persaingan.




Perkongsian maklumat melalui TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

  1. Penggunaan ICT dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) banyak dijalankan oleh guru-guru dalam semua mata pelajaran. 
  2. Banyak bahan P&P yang boleh diperoleh daripada Internet yang boleh diguna pakai dalam proses P&P dan rujukan bagi menambah maklumat.
  3. Individu boleh berkongsi pelbagai maklumat bersama pengguna Internet dengan memuat naik bahan-bahan rujukan ke laman sesawang.Sebagai contoh, blog, twitter, facebook, slideshare dan sebagainya.


Dengan ini, kerajaan Malaysia banyak menyediakan kemudahan di sekolah dan tempat-tempat pengajian di seluruh negara bagi memastikan setiap pelajar diberi pendedahan dalam bidang ICT. Bertujuan untuk
  • Memperluas kegiatan kurikulum berasakan ICT.
  • Meningkatkan sistem pentaksiran menggunakan ICT.
  • Meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan akademik.
Dalam usaha untuk mendapat dan menentukan kesahihan sesuatu maklumat yang diterima terdapat pelbagai isu yang perlu diteliti dan dikaji agar maklumat tersebut benar-benar memberi manfaat kepada kita seperti:
  • Kemudahan dan teknologi yang disediakan.
  • Peneguhan kerjaya.
  • Polisi organisasi.
  • Kesanggupan meluangkan masa untuk perkongsian maklumat.
  • Berkebolehan untuk mengukur kebenaran sesuatu maklumat.
  • Gaya dan corak kepemimpinan di dalam organisasi.



9.5 ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK  

KECEMERLANGAN AKADEMIK

  • Sistem pendidikan Malaysia yang lebih mengutamakan kecemerlangan akademik membawa kepada berlakunya ketidakseimbangan gender.  
  • Bilangan pelajar perempuan di institut pengajian lebih tinggi berbanding bilangan pelajar lelaki.
  • Ini adalah disebabkan perempuan mempunyai kebolehan semula jadi kerana menurut kajian kadar ingatan perempuan adalah lebih tinggi berbanding lelaki.
  • Ini menyebabkan sebilangan besar lelaki kurang berjaya dalam peperiksaan terutamanya yang melibatkan proses mengingat.



  1. Cara didikan guru yang lebih kepada pembelajaran secara formal juga menyebabkan perbezaan pencapaian pelajar.
  2. Pelajar lelaki lebih menggemari pembelajaran yang menggunakan visual seperti gambar, video dan sebagainya.
  3. Kajian menunjukkan bahawa pelajar lelaki lebih berminat kepada aspek teknikal dan kemahiran.
  4. Sebilangan besar pelajar lelaki sukar untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu dalam jangka masa yang lama berbanding pelajar perempuan.
Oleh itu, guru perlulah mempelbagaikan strategi mengajar supaya dapat disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar lelaki dan perempuan.